Langkah meningkatkan pengeluaran dalam negara bagi produk yang boleh dihasilkan antara yang perlu diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan serta mengurangkan tekanan kenaikan kos.<br /><br />Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu hadapan.